Penyanyi dan pelakon, Amy Mastura berpendapat tidak salah jika selebriti melakukan gimik bagi mempromosikan produk baharu mereka untuk mendapat perhatian umum.

Bagaimanapun, Amy atau nama sebenar Amy Mastura Suhaimi, 46, berkata dia tidak mampu mengikut rentak atau trend tersebut.

“Bagus juga… sebab gimik itu merupakan cara mereka nak ketengahkan produk masing-masing dan ia adalah sebahagian strategi mereka.

“Kadang-kadang menjadi dan tengok macam mana cara mereka kawal situasi tersebut dalam usaha nak naikkan diri.

Sumber: mstar.com.my

 

31total visits,1visits today