Baru saja dilancarkan, muzik video terbaru Hael Husaini, Hajat menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi apa yang dibawakan kali ini memang cukup berbeza dari kebiasaan dengan menampilkan bintang Thailand, Happy Polla.

Bagaimanapun, ada cerita yang tidak sedap didengar apabila ada segelintir netizen memetik isu berkaitan dengan gerakan LGBT yang ketika ini bagaikan menjadi isu hangat.

Namun, Hael menjelaskan dia dan pihak pengurusan mahukan seseorang yang mampu menarik perhatian ramai untuk muncul dalam muzik video itu dan memandang pemilihan tersebut pada sudut profesional.

Sumber: rotikaya.com

9total visits,2visits today