Usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman didakwa telah menghantar permohonannya untuk menukar jantina pada kad pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Sajat enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan itu dan meminta semua pihak memberi ruang privasi kepadanya.
“Maaf, no comment. Saya tak mahu komen apa-apa mengenai perkara itu.
“Saya diam tidak bermakna saya buat. Tetapi lebih baik saya diam dan kita tunggu saja nanti,” katanya.

46total visits,1visits today