Meningitis adalah penyakit dimana terdapat jangkitan kuman pada selaput. Perlu diketahui bahawa otak manusia berserta saraf tunjangnya diselaputi 3 lapisan membran yang dikenali sebagai ‘meninges’. Meningitis pula bermaksud keradangan pada selaput meninges disebabkan jangkitan kuman.

3 lapisan tersebut adalah seperti berikut.

  • Lapisan Dura – Terletak pada lapisan paling luar
  • Lapisan Arachnoid – terdiri daripada jaringan
  • Lapisan Pia – Lapisan yang melekat dengan otak

Didalam masalah meningitis, jangkitan kuman telah sampai kepada selaput otak tersebut dan membiak disitu. Ia akan menyebabkan keradangan dibahagian selaput itu dan menyebabkan beberapa komplikasi serta simptom.

Sumber: thediagnosa.com

5total visits,1visits today