7 Feb – Mohd Rafizi Ramli yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan oleh Mahkamah Seksyen Shah Alam, hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank termasuk milik National Feedlot Corporation (NFC).
Hakim, Zamri Bakar turut menjatuhkan hukuman itu ke atas bekas kerani bank Johari Mohamad, 47, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi bagi mendedahkan dokumen penyata baki akaun NFC National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Zamri memutuskan hukuman tersebut dalam penghakimannya selepas mendapati pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah ke atas kedua-dua tertuduh.

“Mahkamah meneliti keseluruhan kes dan membuat penelitian maksimum terhadap hujahan pendakwaan serta pembelaan itu. Kedua-dua tertuduh disabitkan atas kesalahan itu,”katanya.

Sumber: siakapkeli.my

16total visits,1visits today