CHUKAI: Dua beradik, masing-masing berusia enam dan empat tahun yang disangka lemas petang semalam, ditemui berpelukan di atas pokok bakau di Kampung Alur Limbong, Paka, Dungun, malam tadi.

Mohd Zaidanie Amsyar Zaidi, 6, dan adiknya Mohd Zaidanie Ammar, 4, memanjat pokok bakau terbabit sebaik air di kawasan paya itu mulai pasang sebelum ditemui 9.50 malam.

Ibu saudara kanak-kanak berkenaan, Rosalinda Zakaria, 39, berkata, dua beradik itu ditinggalkan seketika di rumah oleh ibu mereka, Norjihah Mohamad Razali, 28, untuk membeli barangan dapur di Bandar Paka, jam 4 petang.

Sumber: bharian.com.my

10total visits,1visits today