Demam campak dalam istilah perubatan dikenali sebagai measles. Ia merupakan salah satu penyakit yang sangat mudah berjangkit. 90 peratus daripada jangkitan berlaku ketika terdedahnya kepada virus tersebut.

Walaupun ia lebih mudah menyerang kanak-kanak, ia juga boleh menyerang orang dewasa terutamanya mereka yang belum lagi menerima suntikan vaksin campak.

Demam campak berbeza daripada cacar air(Chicken pox). Ramai daripada masyarakat kita keliru menggunakan istilah tersebut sehingga menyamakan demam campak dengan chicken pox.

Walhal virus yang menyebabkan kedua-dua penyakit tersebut adalah berbeza.

Sumber: thediagnosa.com

28total visits,3visits today