KOTA BHARU – Akibat sering membuat promosi secara live dengan mempamerkan wang tunai dan barang kemas di laman sosial Facebook, seorang peniaga online cedera parah ditembak dalam kejadian samun di pejabatnya di Banggol Kulim, Rantau Panjang dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam, mang­sa, Mohd. Irfan Abdullah, 26, yang menjual produk kos­metik jenama Sifu Kunyit Skin­care, pakaian­ dan bara­ngan kemas cedera selepas peluru yang dilepaskan suspek menembusi betis kanannya.

Semasa kejadian, mangsa bersendirian di pejabatnya. Kepala mangsa turut cedera dipukul suspek.

Barang kemas bernilai kira-kira RM150,000 dan wang tunai RM8,000 milik lulusan Universiti Teknologi Mara itu juga dilarikan penjenayah terbabit.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Pasir Mas sebelum dihantar ke Hospital Raja Pe­rempuan Zainab (HRPZ) II di sini untuk rawatan lanjut.

Sumber: kosmo.online

68total visits,1visits today