KUALA LANGAT – Seorang lelaki maut setelah dibelit ular sawa sepanjang 2.4 meter dalam kejadian Jalan Haji Ibrahim, Jenjarom di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi,  Zaim Khalis Kosnan, 35, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 4.08 pagi.

“Sebaik tiba empat minit kemudian didapati mangsa telah di meninggal dunia.

“Sementara, ular sawa terbabit juga mati dipukul oleh orang ramai,” katanya sebentar tadi.

Jelasnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Banting dengan siasatan lanjut diserahkan kepada pihak polis.

Sumber: kosmo.online

13total visits,1visits today