Pelbagai pelan diet boleh diikuti bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan. Ada yang sanggup berlapar atau diet dengan cara yang ekstrem untuk mendapatkan berat ideal.

Kurus dengan cara yang tidak sihat itu bahaya untuk kesihatan. Ditambah dengan rasa stress, pasti menyebabkan berat anda sukar untuk turun.
Sebenarnya ada cara untuk menurunkan berat badan anda tanpa rasa tertekan. Anda masih lagi boleh menikmati nasi, sayur-sayuran bahkan ayam goreng atau lauk kegemaran. Kuncinya hanyalah pada portion atau kuantiti setiap hidangan yang diambil.
Perkongsian daripada Dr Khairul Hafidz Alkhair ini boleh dijadikan panduan untuk anda. Mengamalkan konsep diet #sukusukuseparuh, beliau menjadikan perjalanan dietnya sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Berat turun, anda juga tidak stress sepanjang tempoh berdiet.
Sumber: siakapkeli.my

21total visits,1visits today