KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan untuk menghentikan penggunaan empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual dan segera mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, antara produk yang terlibat adalah produk Ori Herbs Coffee Marketing iaitu Dnars Yellow Gold Collagen yang mengandungi merkuri.

Katanya, produk Sejagat Global Resources iaitu Moleek Skincare Anti Pigmentation Cream Plus, produk Onew Cosmetics iaitu Dnars Day Cream serta produk Arriana Rose Beauty Rersources iaitu Luffiya Night Cream 1 dan 2 pula dikesan mengandungi hydroquinone dan tretinoin.

Sumber: Kosmo.com

30total visits,1visits today