AMPANG JAYA – Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Norul­iman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman direman dua hari bermula hari ini dan esok bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah di daerah ini melibatkan syarikat berkaitan dengannya.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Roslan Mohd. Nor ketika bekas pelakon terbabit dibawa oleh pihak polis ke Mahkamah di sini.

Ini bermakna selebriti itu direman buat kali pertama pada tahun ini apabila pernah direman beberapa kali pada tahun lalu atas kesalahan sama.

Sumber: Kosmo.com

21total visits,2visits today