Jerawat berlaku disebabkan penyumbatan pada liang roma. Jika ingin menggunakan krim yang dibeli dari farmasi bagi rawatan jerawat pastikan ia adalah berasaskan air (water-baser). Ini untuk mengelakkan liang roma daripada tersumbat dan menyebabkan jerawat berlaku.Rawatan yang paling berkesan adalah dengan merencat penghasilan sebum, menghadkan pembiakan bakteria ataupun menggalakkan penanggalan kulit lama supaya liang roma tidak lagi tersumbat.

Disebabkan rawatan jerawat boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan, penggunaan krim atau rawatan yang baru perlu dilakukan dengan berhati-hati.

Mereka yang mempunyai keyakinan yang rendah disebabkan masalah jerawat dimuka dan juga telah mencuba pelbagai rawatan, golongan ini perlulah berjumpa dengan pakar kulit (Dermatologist).

Sumber: thediagnosa.com

90total visits,1visits today