Kefir dan yogurt mungkin mempunyai rasa dan bau yang seakan sama. Kedua-duanya juga adalah minuman yang berasaskan susu yang diperam. Rasanya masam dan teksturnya sedikit berketul. Segar diminum begitu saja atau ditambah madu dan buah-buahan. Kalau disimpan di peti sejuk… fuhhh!  Apakah perbezaan antara keduanya?Kalau sebut tentang yogurt, mesti teringat minuman susu kultur yang diminati kanak-kanak – Yakult dan Vitagen. Benar!

Yogurt adalah susu yang dikultur atau ‘diperam’ dengan bakteria. Kita mungkin pernah mendengar tentang bakteria hidup yang terdapat dalam yogurt. Betul lah tu. Yogurt mengandungi pelbagai jenis bakteria hidup seperti Lactobacillus delbrueckii dan Streptococcus thermophilus. Pelbagai jenis bakteria asid laktik lain dalam kelompok Lactobacilli dan bifidobacteria juga digunakan dalam pembuatan yogurt. Beberapa jenama yogurt juga mempopularkan penggunaan Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei dalam yogurt mereka.

Sumber: rootofscience.com

27total visits,1visits today