DI MALAYSIA, selain BR1M atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia untuk membantu golongan yang berkelayakan, terdapat banyak subsidi dan bantuan kerajaan di Malaysia yang mungkin anda tidak ketahui. Kami senaraikan 6 jenis bantuan dan subsidi tersebut yang boleh anda mohon untuk membantu meringankan beban dalam keadaan ekonomi semasa ini.

Untuk pengetahuan anda, kerajaan telah memperuntukkan sekitar RM10 billion untuk bantuan dan subsidi dalam Belanjawan 2017. Pelbagai perubahan telah dilaksana untuk memastikan pembahagian subsidi lebih berkesan dengan memberi tumpuan khusus kepada kelompo sasaran.

Ini juga untuk memastikan bantuan disalurkan dan diterima oleh golongan berpendapatan rendah (B40).

Golongan B40 ini merupakan kelompok yang berpendapatan 40% terendah, dengan pendapatan isi rumah bulanan sebanyak RM3,900 dan kebawah. Secara amnya, kelompok sasaran bantuan dan subsidi kerajaan ialah:
• Kanak-kanak
• Warga emas
• Golongan Kelainan Upaya (OKU)
• Keluarga berpendapatan rendah
• Mangsa bencana

 

6 Bantuan Kerajaan dan Subsidi untuk Membantu Menanggung Kewangan di 2017

1.Bantuan kewangan untuk ibu tunggal

Melalui Skim Bantuan Kanak-Kanak oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, ibu tunggal boleh memohon bantuan kewangan bagi meringankan beban buat sementara waktu.
Bantuan tersebut meliputi:
• Minima: RM100 sebulan, seorang anak.
• Maksima: RM450 sebulan, untuk keluarga melebihi 4 orang kanak-kanak.

 

2. Bantuan untuk golongan kurang upaya

Penjaga serta indivdu kurang upaya turut layak menerima pelbagai bantuan. Langkah pertama untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan ini ialah dengan mendaftar sebagai individu kurang upaya (OKU) menggunakan borang ini.

 

3. Bantuan kewangan untuk warga emas

Untuk membantu warga emas supaya boleh menyara hidup mereka, kerajaan telah melancarkan pelbagai bentuk bantuan. Antaranya ialah bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan.

 

4. Skim perumahan kerajaan untuk pembeli rumah pertama

Kerajaan turut melancarkan pelbagai skim perumahan bagi membantu pembeli-pembeli rumah, terutamanya mereka yang baru merancang untuk membeli rumah pertama dan golongan berpendapatan rendah.

 

5. Bantuan penjagaan anak untuk golongan berpendapatan rendah

Skim yang ditawarkan oleh JKM ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik supaya boleh terus tinggal bersama keluarga walaupun keluarga mereka berpendapatan rendah. Rasionalnya, bantuan ini akan memupuk institusi kekeluargaan supaya setiap ahli keluarga boleh hidup bersama, dan kanak-kanak akan membesar dengan kasih-sayang penjaga mereka.

 

6. Bantuan untuk peniaga

Jika anda merupakan usahawan, atau peniaga yang baru memulakan perniagaan, anda boleh memohon pelbagai skim yang ditawarkan badan-badan kerajaan. Sebagai contoh, skim SUPERB khusus untuk usahawan bumiputera yang menawarkan geran sehingga RM500,000.

 

Sumber: http://ohsemput.com

743total visits,4visits today