SARAWAK komited untuk mewujudkan ekosistem yang membolehkan ekonomi digital terus berkembang di negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ekosistem yang bersesuaian akan membolehkan rakyat Sarawak meneroka peluang dalam ekonomi digital.

Katanya, tidak mustahil jika pelajar-pelajar sekolah di Sarawak suatu hari nanti akan berkemampuan membina aplikasi mudah alih, jika negeri berkenaan sudah dilengkapi dengan ekosistem digital yang sempurna.

Sumber: http://www.astroawani.com

56total visits,1visits today