SEBUAH tren kargo di Stesen Bank Negara tergelincir pagi tadi menyebabkan beberapa laluan tergendala.

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menerusi akaun Twitternya pada jam 5.18 pagi tadi berkata, berikutan itu, tiada tren dapat melalui stesen KL; Bank Negara; Putra dan Segambut.

Katanya, operasi perkhidmatan komuter ketika ini terhad ke beberapa destinasi saja iaitu Tanjung Malim-Kepong; Pelabuhan Klang-KL Sentral; Tampin/Seremban-KL Sentral dan Batu Caves-Sentul.

Penumpang perkhidmatan tren dinasihat mengambil perkhidmatan alternatif lain iaitu MRT di Sungai Buloh, Kajang, Muzium Negara, Pasar Seni dan LRT Subang Jaya.

Manakala bagi penumpang dari dan ke laluan Batu Caves-KL Sentral-Sentul, perkhidmatan bas disediakan di hadapan stesen Sentul dan KL Sentral.

“Bas menunggu di hadapan stesen Sentul & di KL Sentral di kawasan parkir KLIA Ekspress Departure Hall. Harap maklum,” kata syarikat itu.

Sumber: https://www.ismaweb.net

61total visits,2visits today