INGAT lagi tak kes di mana seorang wanita berbangsa Cina yang memaki seorang penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya sambil memegang stering lock setelah tayar kenderaannya dikunci kerana menyalahgunakan petak OKU di Bandar Puteri Puchong sebelum ini?

Wanita berusia 43 tahun yang dikenali sebagai Liew Yoke Peng ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu.

Tetapi hukuman ini bukanlah dijatuhkan ke atas Liew kerana tindakan biadapnya terhadap penguatkuasa MPSJ bulan lepas. Sebaliknya hukuman ini telah dijatuhkan oleh makhamah setelah dia didapati bersalah menghina mahkamah dengan menjerit dan mengingkari arahan Nurulhuda supaya senyap ketika prosiding mahkamah sedang berlangsung.

Dia melakukan kesalahan itu di dalam bilik bicara Mahkamah Majistret 2, di sini pada 11.35 pagi, hari ini mengikut Perkara 26 Jadual Ketiga (Seksyen 99A) Akta Mahkamah Rendah 1947 yang membawa hukuman denda maksimum RM150 atau penjara maksimum tiga minggu.

Semasa prosiding itu, Liew telah meninggikan suaranya terhadap Nurulhuda dan seolah-olah berlawan cakap dengannya sehingga dia terpaksa ditenangkan oleh anggota polis. Tidak cukup dengan itu, wanita ganas berkenaan bertindak menggigit tangan seorang anggota polis wanita sehingga luka dan tercabut butang pakaian seragamnya di bahagian lengan.

Sumber: http://www.jomlepak.com

90total visits,1visits today