MENJELANG pembentangan Belanjawan 2018 Jumaat ini, penggiat seni antara pihak yang tidak mahu diabaikan atau dianggap seperti tidak penting dalam pembangunan negara.

Hakikatnya, penggiat seni di negara ini ingin keluh-kesah mereka didengari, selain diberi hak sama rata atas usaha keras selama ini bagi menyemarakkan industri tanah air.

Pengarah teater dan drama Lokman Ghani berkata dia berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat memberi insentif lebih baik untuk perkembangan seni teater semasa membentangkan Belanjawan 2017 nanti.

Katanya, peruntukan itu boleh disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berminat untuk membangunkan teater tempatan.

Sumber: https://www.malaysiakini.com

53total visits,1visits today