RASANYA sudah sering kali kes melibatkan harga makanan yang dijual di restoran didakwa mahal oleh pelanggan.

Kes seumpama ini terjadi mungkin disebabkan pelanggan yang tidak bertanya terlebih dahulu harga makanan.

Tidak kurang juga sikap ambil mudah pemilik restoran yang tidak meletakkan harga.

Bercakap mengenainya, seorang wanita di laman sosial mendakwa suaminya telah ‘disembelih’ dengan caj harga melampau ketika berkunjung di sebuah warung tepi jalan di Pahang, baru-baru ini.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Feyqa Maria, terkejut apabila melihat kembali resit bayaran nasi berlauk yang dikenakan kepada suaminya.

“Weh memang gini ke (harga makanan) kedai ni? Ke laki aku makan ikan duyung?” tulisnya pada Isnin.

Sumber: http://malaysiandigest.com

286total visits,1visits today