KEMEGAHAN iPhone 8 yang dikeluarkan oleh Apple pada bulan September tahun 2017, telah dibayangi oleh iPhone X yang bakal dilancarkan pada bulan November ini.

Ciri-ciri iPhone X lebih baik daripada keluaran iPhone sebelum ini. Manakala, secara kasarnya, tiada beza antara iPhone 8 dengan iPhone 7 dari segi reka bentuk mahupun fizikal luarannya. Namun, iPhone 8 ini masih ada keunikannya yang tersendiri disamping dengan harga yang sangat berpatutan.

Reka Bentuk

Walaupun reka bentuk iPhone 8 ini hampir sama dengan iPhone 7, namun iPhone 8 ini memiliki keunikannya yang tersendiri apabila muka belakangnya telah digantikan dengan kaca seberat 10 gram. Kaca ini lebih tahan lama dan membuatkan pegangan tangan menjadi lebih erat. Terdapat tiga jenis warna yang dikeluarkan iaitu warna Silver (Perak), Gold (Emas), dan Space Gray (Kelabu).

Pada bahagian bawah telefon ini, terdapat Lightning Port iaitu tempat untuk mengecas beteri, pembesar suara dan mikrofon. Pada bahagian kanan telefon pula, terdapat butang kuasa dan tempat untuk simpan kad SIM. Manakala, pada bahagian kiri, terdapat kawalan kelentangan.

Pada bahagian belakang iPhone 8 telah di letakkan kaca, lambang Apple pula terdapat pada bahagian tengah dan kamera di bahagian kiri atas. Kamera pada telefon ini terkeluar atau lebih dikenali sebagai ‘camera bump’. Untuk mengelakkan keselamatan kamera daripada rosak, lebih baik jika telefon tersebut dipasang dengan sarung telefon bimbit.

Skrin dan Bunyi

Ukuran iPhone 8 ialah 5.45 x 2.65 inci, tetapi ukuran skrin hanya 4.7-inci dengan resolusi sebesar 1,344 x 750 pixel. Jika hendak dibandingkan dengan Samsung Galaxy 8 dengan iPhone X, ukuran Galaxy 8 ialah 5.86 x 2.86 inci, tetapi dapat memuatkan ukuran skrin sebesar 5.8-inci dengan resolusi 2,960 x 1,440 pixel, manakala iPhone 8 pula memiliki ukuran 5.65 x 2.79 inci dengan 5.8-inci, tetapi resolusinya hanya 2,436 x 1,125 pixel.

Paparan iPhone 8 lebih terang berbanding dengan iPhone sebelum ini Hal ini dapat dibuktikan apabila iPhone 8 dapat membaca imej dalam pelbagai keadaan pencahayaan, dan mempunyai IPS LCD yang terbaik setakat ini. Pengguna akan lebih selesa untuk membaca, menonton, dan bermain permainan telefon dengan lebih lama.

Pembesar suara stereo pada iPhone 8 ini, 25 peratus lebih kuat daripada iPhone 7. Tambahan pula, Apple telah menambah sokongan Bluetooth 5 dan ianya dapat menyokong dengan lebih cepat dan julat lebih besar berbanding Bluetooh 4.2yang ada pada iPhone 7.

Prestasi yang Hebat

Walaupun iPhone 8 mempunyai perubahan fizikal yang tidak ketara, namun perkakasan dalam iPhone 8 lebih canggih jika dibandingkan dengan iPhone 7 dan sebelumnya. Telefon ini menggunakan cip yang baru keluaran daripada Apple sendiri iaitu cip A11 Bionic. Cip ini lebih laju dan ia menggabungkan dua teras berprestasi tinggi serta empat teras kecekapan tinggi dan mempunyai GPU didalamnya yang direka oleh Apple.

Selain itu, iPhone 8 lebih cekap dan pantas dari segi navigasi, aplikasi dan permainan. Kajian menggunakan Geekbench 4 dan alat penanda aras AnTuTu telah dibuat. Geekbench 4 ialah sebuah perisian yang dapat mengukur kecekapan sistem dan AnTuTu ialah sebuah perisian yang mengukur prestasi sesebuah telefon pintar. Munurut kajian menggunakan Geekbench 4, iPhone 8 mendapat skor sebanyak 4,270 dengan menggunakan teras tunggal (single core) dan 10,259 pula apabila menggunakan multi-core. Manakala, kajian menggunakan alat penanda aras AnTuTu, skor yang diperolehi oleh iPhone 8 ialah 155,253.

iOS 11

Apple telah mengemaskini perisian yang mereka gunakan iaitu iOS 11. Penambahan yang berlaku ialah ARKit. ARKit dibangunkan untuk penggunaan argumented-reality (AR) yang terdapat pada aplikasi dan permainan. Secara umumnya, iOS 11 senang untuk digunakan. Leret ke atas dari bawah untuk mengakses pusat kawalan toggeles dan sliders dengan lebih cepat. Sistem operasi iOS 11 lebih mudah untuk dikendalikan.

Kamera Terkini

Kamera utama iPhone 8 mempunyai 12-megapixel dengan f/1.8 apertur, penstabilan imej optik, dan HDR. Kualiti gambar yang diambil di tempat kurang cahaya atau pada waktu malam telah ditingkatkan. Dalam lagi satu kajian yang telah dibuat, peratusan yang diberi pada kamera iPhone 8 dan iPhone 8 Plus lebih tinggi berbanding telefon pintar yang lain iaitu 92 peratus dan 94 peratus. Selain itu, iPhone 8 dapat merekod video 4K sebanyak 60fps (frames per second) dan 1080p video sebanyak 240fps. Terdapat 7-megapixel untuk kamera hadapan dengan f/2.2 apertur.

Masa Mengecas

Jangka hayat bateri iPhone 8 hampir sama dengan yang sebelumnya dan lebih mengecewakan lagi apabila mendapati bahawa baterinya lebih kecil daripada yang sebelumnya pada 1,821 mAh. Namun, ia lebih cepat untuk dicas. Anda boleh mengecas 50 peratus bateri dalam masa 30 minit. Terdapat juga sokongan pengecas tanpa wayar melalui standard Qi.

Untuk mendapatkan pengecas berwayar, anda harus membeli dan membayar lebih. Anda harus membayar sebanyak $35 untuk USB-C dan $50 untuk versi Apple 29W. Memandangkan iPhone 8 mempunyai kelebihan dalam AR, hayat bateri iPhone 8 cepat berkurang jika anda bermain atau menggunakan AR.

Waranti

Anda akan mendapat waranti pada kebiasaannya untuk tempoh setahun daripada Apple bermula dengan tarikh pembelian. Ia meliputi kecacatan daripada pihak kilang. Walaubagaimanapun, ia tidak termasuk dengan kerosakan yang tidak disengajakan atau kerosakan cecair. Anda boleh mengambil iPhone 8 yang rosak ke AppleCare+ untuk harga $130, dimana ia boleh menambah setahun waranti dan mengurangkan dua insiden kerosakan yang tidak disengajakan dengan bayaran nominal. Sebagai contoh, skrin retak akan dikenakan bayaran $30 sahaja berbanding dengan harga sebenar iaitu $150.

Kredit: Nur Razlin Idris

207total visits,1visits today