TIDAK dapat dinafikan bahawa Rita Rudaini sudah dua kali gagal dalam perkahwinan namun perkara tersebut tidak membuatkan dirinya serik untuk berkahwin.

Malah kata Rita, dia juga menginginkan rumah tangga baru dan juga cahaya mata perempuan.

“Saya tidak serik, cuma saya tak mencari. Kehidupan saya sekarang dah selesa. Tapi kalau Tuhan hantar jodoh kepada saya, biarlah jodoh itu yang terbaik untuk anak-anak”

“Bila tengok orang mengandung, rasa seronok. Apabila tengok budak perempuan, saya suka dan teringin juga nak anak perempuan. Tapi saya serahkan semuanya kepada rezeki Tuhan. Saya tak terfikir nak ambil anak angkat dan kalau boleh mahu dari zuriat sendiri,” katanya kepada portal Tonton Extra.

Buat masa ini, dua cahaya mata kesayangan Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna sentiasa menemani pelakon wanita tersebut. Apa pun, jika sudah sampai jodoh nanti, pastinya tidak ke mana.

Sumber: https://www.rotikaya.com

 

49total visits,1visits today