NAMA Syahir Zawawi, 29, kembali meniti bibir peminat hiburan tempatan apabila juara Akademi Fantasia (AF) kelapan itu menyertai AF Megastar 2017.

Sedang menjalankan persiapan ke finale pertandingan itu, nama Shahir yang sebelum ini digembar-gemburkan sedang bercinta dengan pelakon popular Erra Fazira kini disebut sebagai kekasih kepada seorang pramugari Firefly, Mona Syamimi Samsudin.

Gambar-gambar Mona dan Shahir beserta status yang dtulis Mona dihantar kepada BeautifulNara oleh seseorang yang mendakwa Mona ialah teman wanita baru Shahir. Mona beberapa kali memuat naik gambar Shahir dengannya bersama kapsyen yang membayangkan seolah-olah mereka mempunyai hubungan istimewa.

Shahir bagaimanapun menafikan bahawa mereka ialah pasangan kekasih, sebaliknya memberitahu baru sebulan berkenalan dengan wanita itu yang dilayan sama seperti peminat yang lain.

Malahan, Shahir tidak tahu menahu mengapa wanita itu memuat naik gambar mereka seolah-olah mereka sedang bercinta dan mendakwa ia juga bukan kali pertama perkara seperti itu berlaku. Ia pernah berlaku membabitkan peminat lain, cuma tidak kecoh.

Sumber: http://sehinggit.blogspot.my

53total visits,1visits today