BARU-BARU ini negara telah dikejutkan dengan virus ‘ransomware’ jenis ‘WannaCry’ telah menyerang 200,000 buah komputer di 99 buah negara dan secara tidak langsung telah memberi amaran kepada CyberSecurity Malaysia. Oleh demikian itu, beberapa buah syarikat utama di Amerika Syarikat yang dilanda dengan masalah ini lumpuh sampai tahap telefon bimbit tidak dapat berfungsi.

Apakah sebenarnya ‘WannaCry’? Manakala, apa pula kaitannya dengan ‘ransomware’? Adakah ‘WannaCry’ dan ‘ransomware’ adalah perkara yang berbeza? Untuk pengetahuan umum, ‘WannaCry’ adalah merupakan salah satu jenis virus baru daripada ‘ransomware’. Bagaimana pula, ‘WannaCry’ dapat disebarkan? Virus ini berjaya disebarkan dengan cara mengambil kesempatan keatas kelemahan versi Windows yang lama seperti Windows XP.

Apakah yang berlaku sekiranya satu-satu komputer telah dijangkiti dengan virus ‘ransomware’ ini? ‘Ransomeware’ mampu menghalang pengguna daripada terus menggunakan komputer mereka sendiri serta menjadikan dokumen penting yang terdapat didalam komputer tersebut sebagai tebusan sehinggalah wang tebusan berjaya dibayar oleh pengguna melalui mata wang digital seperti BitCoin. Namun, tiada jaminan yang dapat diberikan setelah wang tebusan berjaya dibayar, pengguna akan dapat mengakses komputer atau fail seperti sedia kala.

Kebiasaannya, siapakah yang akan menjadi sasaran virus ‘ransomware’ jenis ini? Dengan berlakunya serangan daripada ‘WannaCry’ ini telah membuktikan bahawasanya setiap seorang daripada pengguna akan lebih terdedah kepada serangan siber. Hal ini demikian kerana, penjenayah siber tidak akan memilih sesiapa yang akan menjadi sasarannya kerana setiap pengguna yang menggunakan Internet merupakan sasaran dan mempunyai potensi yang amat besar bukan hanya syarikat yang terlibat dalam bidang perniagaan sahaja.

Bagaimana pula pengguna ingin memastikan bahawa mereka akan selamat daripada virus ‘ransomware’? Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh pengguna adalah dengan cara menyimpan data. Selain itu, sentiasa mengemaskini komputer. Memasang antivirus seterusnya sentiasa mengemaskini antivirus tersebut dan apa yang paling penting sekali adalah elakkkan diri daripada memuat turun ‘pirated software’.

Akhir sekali, apakah tindakan yang perlu diambil oleh pengguna adalah sekiranya telah dijangkiti dengan ‘WannaCry’ pengguna dinasihatkan untuk tidak membayar wang tebusan yang diminta. Pastikan bahawa anda telah memeriksa pada laman web www.nomoreransom.org untuk melihat apakah fail yang telah melalui proses ‘encryption’ dan masih lagi ada peluang untuk dipulihkan. Dengan menggunakan fail yang telah dibackup akan dapat memulihkan sistem Lakukan pemeriksaan secara menyeluruh serta membersihkan pada sistem yang telah dijangkiti.

Kredit: Nur Amalina Burhanuddin

44total visits,1visits today