JUARA Clever Girl Malaysia musim kedua iaitu Sara tidak terkesan dengan pandangan negatif masyarakat yang mempersoalkan ketelusan program tersebut akibat terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini.

Sebaliknya kata pemilik nama Sara Amelia Muhammad Bernard, 25, ini, kemenangan itu adalah hasil usaha kerasnya sepanjang bertanding sehingga bergelar juara.

“Alhamdulillah, akhirnya usaha saya berbaloi kerana sepanjang program ini berlangsung saya membuat persediaan rapi termasuk mengulang kaji.

“Kepada yang memberi pandangan negatif, cuba mereka berada di pentas itu, adakah mereka dapat menjawab soalan-soalan diberikan?

Sumber: http://www.mstar.com.my

36total visits,1visits today