SEKALI lagi usahawan kosmetik yang cantik jelita, Nur Sajat dihimpit kontroversi. Panas! Panas! Panas! Kali ini pula berkaitan kunjungannya ke negeri di bawah bayu, semasa mempromosikan produk kecantikannya tidak lama dulu.

Biarpun Sajat sering dikecam oleh kerana isu jantina yang masih tidak terjawab hingga kini, namun sambutan peminat terhadapnya semasa kunjungan ke Mood Republic Sabah beberapa hari lepas amat memberangsangkan.

Pun begitu, tularnya sebuah video pendek di Facebook beberapa hari lepas telah mencetuskan kontroversi apabila Sajat dilihat melempar barangan kosmetik jenamanya kepada pengunjung pada majlis tersebut.

Sumber: http://www.satkoba.com

878total visits,1visits today