Baru-baru ini kecoh apabila seorang wanita berusia 20 tahun ditahan atas tuduhan membuka klinik perniagaan swasta secara tidak sah dan tidak didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 568).

Nur Farahanis Ezzty Adli yang bersalah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM70,000 oleh Mahkamah Seksyen dan difahamkan wang berkenaan sudah selesai dibayar atas ehsan orang ramai.

Wanita berkenaan yang bebas dalam laman Instagramnya sempat mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak termasuklah beberapa pimpinan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tulisan berkenaan yang dilihat seakan-akan KKM menyokong tindakan salahnya menyebabkan Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan mengeluarkan kenyataan akhbar menyatakan bahawa pihak mereka tidak akan menyokong dan tidak akan sama sekali berkompromi dalam mana-mana individu atau kumpulan yang melanggar peraturan undang-undang.

Sumber: http://kisahdunia.com

279total visits,3visits today