AKIBAT bebanan hutang seorang ibu sanggup lacurkan anak kandung sendiri berusia 14 tahun.

Kejadian berlaku di Lawas, Limbang dan wanita berusia 30 tahun itu kini ditahan polis.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar, polis turut menahan seorang lagi wanita berusia 45 yang juga pemilik karaoke di sebuah kedai di Jalan Haji Matussin, Lawas.

Pihak polis juga sedang mengenal pasti identiti dan memburu lelaki yang didakwa merogol remaja perempuan itu.

Kedua-dua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) (a) & (d) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: http://www.ekeleh.com

41total visits,2visits today