POLIS merakam keterangan 18 individu dan merampas kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan kes rogol seorang atlet terjun di Pusat Akuatik Negara, Bukit Jalil.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Fuzi Harun, berkata polis turut mendapatkan kerjasama forensik, pakar kimia dan patologi bagi melengkapkan siasatan sebelum menyerahkan laporan kepada Pejabat Peguam Negara.

Setakat ini, katanya, hanya seorang lelaki disyaki suspek utama kes itu ditahan, namun kemungkinan akan ada lagi tangkapan, bergantung kepada hasil siasatan.

“Setakat ini, tiada mangsa lain tampil membuat laporan. Kita akan menjalankan siasatan terperinci dan siapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Peguam Negara secepat mungkin,” katanya selepas menerima pingat Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-64 Juhar di Istana Negeri, di sini, hari ini.

Sumber: https://www.bharian.com.my

50total visits,3visits today