JURULATIH sukan renang negara ditahan polis tengah hari semalam selepas disyaki merogol seorang atlet. Suspek 35 tahun itu, yang mendapat taraf penduduk tetap Malaysia, ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), lapor Berita Harian.

Ibu bapa atlet tersebut, yang tidak terlibat dengan kejohanan Sukan SEA Ogos lalu, membuat aduan polis pada Ahad lalu.

Ketua polis Kuala Lumpur akan mendapatkan perintah reman suspek hari ini.

“Berdasarkan siasatan yang dibuat, kejadian rogol berkenaan berlaku sekitar September lalu, namun identiti mangsa tidak akan didedahkan,” kata Datuk Amar Singh Ishar Singh seperti dilaporkan.

Sumber: http://www.themalaymailonline.com

78total visits,1visits today