SEORANG atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) pada Ogos lalu dipercayai adalah antara tiga atlet yang gagal ujian doping.

Ketua Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), Datuk Dr SS Cheema berkata ujian makmal yang dilakukan di New Delhi mendapati terdapat bahan larangan dalam sampel A semua atlet tersebut.

“Kita menerima laporan daripada makmal di New Delhi dua minggu lalu yang mengesahkan kewujudan bahan larangan pada tiga atlet yang menyertai KL2017.

“Namun kita tidak boleh membuat kesimpulan dengan mengatakan kesemua atlet berkenaan bersalah sehingga siasatan menyeluruh dilakukan pihak berkaitan,” katanya kepada Bernama.

Sumber: http://www.astroawani.com

59total visits,4visits today