BEBERAPA orang ibu mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat pada 14 September lalu mengadu mereka belum menerima sumbangan yang dikumpul daripada orang ramai selepas tragedi kebakaran yang meragut 21 nyawa pelajar itu.

Seorang ibu mangsa yang tidak mahu dikenali memberitahu FMT, mereka menuntut agar pengetua, Muhammad Zahid Mahmood dapat menjelaskan sama ada mereka akan menerima wang sumbangan tersebut.

Menurutnya, Zahid semasa pertemuan pertama pada 22 September lalu dengan keluarga mangsa, berkata sekolah akan menyimpan 30% daripada sumbangan dan selebihnya akan diserahkan kepada keluarga 21 pelajar yang terkorban dan keluarga mangsa yang cedera dan trauma.

Bagaimanapun, wanita itu berkata sehingga hari ini, tiada wang diterima.

“Kami belum menerima satu sen pun,” katanya, yang turut mempersoalkan ketidakhadiran Zahid pada pertemuan yang sepatutnya diadakan bersama ibu bapa malam Sabtu lepas.

Sumber: http://newmalaysianpost.com

152total visits,1visits today