TINDAKAN seorang pengusaha kedai perkhidmatan cuci pakaian di Muar, Johor memohon maaf dan menarik semula keputusan membuka perkhidmatan tersebut hanya kepada orang Islam patut diterima dengan baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata tindakan itu juga sejajar dengan pandangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menurutnya kebimbangan Sultan Johor bahawa tindakan pengusaha itu akan membawa kepada imej lslam yang sempit, bertentangan dengan hasrat negara membentuk masyarakat yang bersatu, harmoni, sederhana dan toleran adalah berasas.

“Kerajaan akan terus komited untuk menegakkan ajaran lslam yang sebenarnya di samping melindungi kepentingan kaum lain sebagaimana yang dituntut lslam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: www.freemalaysiatoday.com

138total visits,1visits today