DATUK Hans Isaac benar-benar kesal dengan eleman gurauan hos malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) iaitu Zizan Razak yang dianggap keterlaluan.

Menurut Hans, 46, sebagai seorang pengacara yang mengendali anugerah berprestij, Zizan tidak seharuskan membuat lawak jenaka sebegitu sehingga menjejaskan imej dan namanya.

“Terus-terang saya memang kecewa Zizan membuat lawak mempersoalkan gelaran Datuk yang saya terima daripada Sultan Pahang.

“Lawak tersebut telah membuatkan nama dan imej saya terjejas. Dia sebagai seorang pelawak tidak seharuskan menggunakan eleman lawak sebegitu.

“Dia bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti saya tetapi juga Sultan,” kata Hans ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Hans diminta mengulas statusnya di Instagram miliknya sebaik sahaja FFM29 tamat yang antara lain mempersoalkan kredibiliti Zizan sebagai hos acara itu.

Selain Hans, pelakon Datuk Eizlan Yusof juga turut terkena gurauan serupa.

Sumber: selendangmaya.com

167total visits,1visits today