DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap bertegas melarang pesta arak, Better Beer Festival 2017 diadakan walaupun pihak penganjur menjamin aspek keselamatan kepada pengunjung.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, DBKL tetap tidak akan mempertimbang semula penolakan permohonan penganjuran pesta itu kerana ia menyalahi undang-undang malah akan berlaku penjualan arak di tempat terbuka.

“Mereka boleh mengadakan pesta itu di hotel, pub atau restoran. Saya tidak kisah. Tempat terbuka tidak akan dibenarkan,” tegasnya kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Minggu Perpaduan dan My Rukun Negara 2017 Peringkat Kuala Lumpur di sini semalam.

Sumber: www.kosmo.com.my

44total visits,1visits today