SEORANG bomoh direman tujuh hari bermula kelmarin selepas disyaki mencabul tiga remaja pe­rempuan termasuk dua beradik di sini sejak awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar (gambar ke­cil) berkata, suspek berusia 60 tahun itu ditahan selepas bapa kepada dua beradik itu mengheretnya ke Balai Polis Bintulu petang kelmarin.

Menurutnya, bapa mangsa yang berang dengan tindakan bomoh itu terlebih dahulu me­numbuk muka lelaki itu sebelum membawanya ke balai polis.

“Kejadian terbongkar selepas mangsa ketiga iaitu pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di sini menceritakan perbuatan bomoh itu kepada bapanya.

“Sebelum itu, suspek juga didakwa mencabul dua lagi mangsa berusia 11 tahun pada 2 September lalu dan adik mangsa ketiga berusia 16 tahun pada 10 September lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sumber: www.kosmo.com.my

68total visits,1visits today