SEJAK akhir-akhir ini, isu berkaitan dengan maklumat peribadi sering digodam melalui emel oleh penggodam sedang hangat diperkatakan. Hal ini demikian kerana, jenayah kecurian maklumat peribadi melalui emel akan sentiasa berlaku tanpa had dan agak mustahil untuk memastikan bahawa masalah ini dapat dibenteras dengan jayanya sehingga mencapai tahap 0%. Oleh itu, bagaimana untuk meyakinkan serta mengurangkan kebimbangan pengguna bahawa setiap maklumat peribadi mereka akan disimpan dengan selamat.

Pertama sekali, antara tindakan yang perlu diambil oleh pengguna bagi mengelak maklumat peribadi mereka terdedah kepada pengguna yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan apa sahaja yang mereka kehendaki tanpa batasan adalah dengan tidak menekan mana-mana pautan yang tidak dikenali dengan sesuka hati. Selain itu, pengguna juga boleh melindungi komputer peribadi atau telefon pintar dengan mendapatkan mana-mana aplikasi untuk tujuan melindungi secara percuma.

Disamping itu, kesemua emel memerlukan ‘encryption’. Jadi, disini ‘encryption’ memainkan peranan yang sangat penting. Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘encryption’? Dalam bahasa yang lebih mudah difahami ‘encryption’ selalu digunakan didalam emel apabila pengguna ingin menghantar emel kepada pengguna lain dengan selamat.

Sebagai contoh, penghantar emel akan ‘encrypt’ mesej (plaintext) dengan menggunakan ‘key’ menjadi mesej (ciphertext). Manakala, penerima emel akan menggunakan ‘key’ yang sama atau berbeza untuk menukar mesej (ciphertext) kepada mesej (plaintext) yang asal. Kebimbangan pengguna dapat dikurangkan kerana dengan adanya fungsi ‘encryption’ ini, emel hanya boleh dibaca diantara penghantar dan penerima emel sahaja.

Seterusnya, ‘encryption’ itu sendiri pula terbahagi kepada dua iaitu ‘symmetric encryption’ dan ‘asymmetric encryption’. Apakah yang membezakan antara ‘symmetric encryption’ dan ‘asymmetric encryption’ adalah dalam penggunaan ‘key’. Bagi ‘symmetric encryption’ akan menggunakan ‘key’ yang sama diantara penghantar emel dengan penerima emel iaitu ‘public key’. Manakala, bagi ‘asymmetric encryption’ pula akan menggunakan ‘key’ yang berbeza diantara penghantar emel dengan penerima emel iaitu ‘public key’ dan ‘private key’. Apabila mesej (plaintext) ditukar kepada mesej (ciphertext), mesej tersebut akan menjadi lebih sukar untuk difahami. Untuk lebih jelas boleh merujuk gambar dibawah.

Akhir sekali, terbuktilah ‘encryption’ amat diperlukan dalam memainkan peranannya yang tersendiri dalam meningkatkan tahap keselamatan disamping melindungi maklumat peribadi pengguna seperti nombor kad kredit daripada terdedah kepada pengguna yang tidak diingini terutama sekali penggodam.

Kredit: NAB

74total visits,1visits today