SEORANG ahli perniagaan wanita rentung, selepas kereta dinaikinya terbabas dan terbakar dalam kemalangan di Jalan Lama Bukit Tengah, awal pagi tadi.

Tan Meng Ai, 42, berasal dari Tanjung Piandang, Perak yang sedang memandu dari Bukit Tengah ke Jalan Baru, terperangkap di tempat duduk pemandu dalam kereta yang 80% terbakar itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, mangsa memandu bersendirian sebelum kenderaannya hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan itu.

Sumber: www.freemalaysiatoday.com

43total visits,1visits today