DALAM dunia teknologi maklumat yang tumbuh pesat tanpa had mahupun sempadan tidak akan lari daripada masalah pencerobohan maklumat daripada pihak penggodam. Adakah anda tahu apa itu sebenarnya yang dimaksudkan dengan penggodam? Ada yang menyatakan bahawa penggodam merupakan seorang pengaturcara yang sangat bijak dalam bidang teknologi maklumat terutama sekali dalam penulisan kod. Namun, terdapat beberapa kemampuan seorang penggodam yang sangat digeruni oleh banyak pihak terutama sekali dalam menjalankan aktiviti mengakses masuk ke dalam sistem komputer, mencuri maklumat peribadi dan banyak lagi.

Sebenarnya, penggodam boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu ‘black hats’, ‘white hats’ dan ‘gray hats’. Apakah perbezaan ketiga-tiga jenis penggodam ini? Penggodam jenis ‘black hats’ merupakan jenis penggodam yang sangat terkenal di dalam dunia teknologi maklumat. Kenapa? Hal ini demikian kerana, penggodam jenis ini mampu mengakses maklumat peribadi pengguna lain demi kepentingan diri sendiri termasuklah mencuri nombor kad kredit serta mendapatkan data peribadi seterusnya menjual kepada pencuri identiti.

Di samping, penggodam jenis ‘white hats’ memainkan peranan yang agak bertentangan dengan penggodam jenis ‘black hats’. Penggodam jenis ini akan menjalankan aktiviti menggodam secara beretika. Kenyataan ini dapat diperkukuhkan lagi apabila mereka hanya akan menggunakan kebolehan yang dimiliki oleh mereka bagi tujuan yang baik, beretika dan mematuhi undang-undang. Selain itu, bagi jenis penggodam yang ketiga pula iaitu ‘gray hats’ akan berada ditengah-tengah antara ‘black hats’ dan ‘white hats’. Sebagai contoh penggodam jenis ini sedaya upaya untuk mengakses maklumat peribadi tanpa izin dan memaklumkan kepada organisasi seterusnya meminta kebenaran untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Oleh itu, baru-baru ini gempar apabila keluarnya isu yang juga berkaitan dengan masalah penggodaman. Tetapi, kali ini agak berbeza apabila syarikat hiburan HBO dapat kenyataan tidak memerlukan khidmat penggodam bagi membocorkan episod ‘Game of Thrones’ kerana episod tersebut bocor dengan sendirinya secara meluas. Jadi, hal ini telah mengakibatkan episod GoT secara pantas tersebar melalui Internet atas kesilapan HBO Sepanyol apabila secara tidak sengaja menyiarkan ‘Game of Thrones’ episode 6 musim 7 lima hari sebelum tayangan perdana rasminya.

Tambah membingungkan apabila hampir 1.5 terabyte maklumat dari syarikat hiburan itu juga telah berjaya digodam oleh sekumpulan penggodam. Selain daripada itu, episod ‘Ballers’ serta ‘Bilik 104’, bersama skrip episod keempat ‘Game of Thrones’ juga mengalami nasib lebih kurang sama apabila juga berjaya digodam oleh penggodam dengan jayanya. E-mel HBO, perjanjian pekerjaan, dan kunci kira-kira, bersama skrip episod Game of Thrones yang akan datang juga berjaya dicuri melibatkan setengah gigabyte data daripada HBO.

Bayaran sebanyak $25,000 serta penangguhan pembayaran dibuat selama satu minggu telah dicadangkan daripada seorang eksekutif HBO kepada pihak penggodam. Namun, cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh mereka. Malah, mereka mengancam untuk untuk membocorkan lebih banyak lagi data yang dicuri daripada 1.5 terabyte jumlah data setiap hari sehinggalah kehendak mereka dipenuhi iaitu dengan membayar berjuta-juta dolar.Walau bagaimanapun, kebocoran yang berlaku baru-baru ini adalah datangnya daripada kesilapan pihak HBO sendiri dan tiada kena mengena dengan penggodam.

Pihak HBO telah mengetahui bahawasanya kebocoran episod ‘Game of Thrones’ yang akan datang melalui platform HBO Nortic dan juga HBO Espana adalah tidak disengajakan. Pihak HBO juga telah mengakui bahawa vendor pihak ketiga merupakan punca kesilapan serta sebaik sahaja diiktiraf , episod itu akan dikeluarkan. Jadi, secara rasminya episode 6 ‘Game of Throne’ akan dirasmikan pada hari Ahad pada jam 9 pagi.

Kredit: NAB

118total visits,1visits today