Image result for gambar cincin di jari

Prosedur Nikah Dari Mula Hingga Akhir

Assalamualaikum.
Bermula dari entry ini, saya akan mula membahasakan diri sebagai Zahida. Lebih sopan gitew. Dah nak kahwin haruslah bersopan. Hiks
Menyelesaikan prosedur nikah ni adalah salah satu proses yang sukar untuk Zahida dan tunang. Sepanjang proses ini pada awalnya, Zahida rasa macam geram, stress bercampur aduk. Nak nikah punyalah susah. Gitew. Dan sampai ke harini pun, borang tu masih tak dapat di tangan imam/kadi ya. Belum hantar lagi sebab belum dapat balik Melaka. Lagi pula, imam nak jumpa Zahida dan tunang. Mungkin untuk bagi sedikit tazkirah sebelum proses pernikahan itu sendiri. Proses bermula dari 90 hari sebelum pernikahan sehinggalah 23 hari sebelum pernikahan bakal dijalankan. Lama kan, stress! Tapi Alhamdulillah ianya selesai.
SITUATION:
 
Zahida: Dilahirkan di Port Klang, menetap juga di Port Klang, IC jugak bernombor -10 yang menandakan lahir di Selangor. Tetapi, Zahida akan bernikah di Alor Gajah, Melaka. Jadi secara dasarnya, Zahida akan settle kan borang nikah under Negeri Selangor. Dan kemudian memohon untuk bernikah di Luar Negeri Selangor. If IC korang sama dengan tempat dimana korang isi borang, korang dah tak perlu untuk isi Borang Pengesahan Permastautinan tu okay 🙂
Tunang: Dilahirkan di Negeri sembilan. Membesar di Negeri Sembilan tetapi telah bermastautin dan bekerja selama 1 tahun di Taiping, Perak. Jadi, tunang Zahida akan mengisi borang nikah di bawah Negeri Perak. Jadi, korang yang bekerja jauh dari tempat lahir, tak payah lah sampai nak balik kampung untuk setelkan borang nikah ni. Ambil sahaja borang di mana korang bekerja, let say bekerja di Melaka, ambil sahaja borang di Melaka. Dan isi juga Borang Pengesahan Permastautinan yang boleh didapati bersama borang nikah tersebut.
RINGKASNYA:
Borang nikah Perempuan: Selangor (PAID Klang)
Borang nikah Lelaki: Perak
Kebenaran Bernikah Luar Kawasan bagi Perempuan sebab bernikah di Melaka.
PROSEDUR NIKAH DARI A-Z
1) Hadiri Kursus Pra Perkahwinan
Kursus kahwin biasanya mengambil masa 2 hari. Dengan bayaran RM80. Kalau korang masih belajar, dekat kampus kan selalu ada buat kursus pra-perkahwinan ni. Join je. Tak rugi. Biasanya kat IPTA, harga kursus kahwin ni murah sikit. Bila dah pergi, jangan lupa untuk simpan sijil kursus tu okay.
2) HIV Test
HIV test hanya boleh dibuat di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja. Result HIV ni hanya valid untuk 6 bulan sahaja. Zahida galakkan korang buat awal HIV Test ni. Zahida buat HIV Test ni di Klinik Kesihatan Pandamaran. Di kebanyakan Klinik di Negeri Selangor, HIV test hanya dibuat pada hari Isnin-Khamis sahaja dari jam 2pm-4pm. Dah namanya klinik kerajaan kan, bersedialah dengan orang yang ramai. Zahida juga galakkan untuk call dulu klinik kesihatan untuk buat appointment atau tanya something pada diorang untuk meyakinkan anda. Macam Zahida, mulanya nak buat HIV test di Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang, tapi tak boleh sebab diorang cakap, dia mengutamakan orang di kawasan Pelabuhan Klang. So, dia suruh pergi Klinik Kesihatan Pandamaran memandangkan rumah berada di mukim Pandamaran.
3) Lelaki Mula Settlekan Borang Kebenaran Berkahwin
Tunang Zahida lahir dan membesar di Negeri Sembilan tetapi bekerja dan bermastautin di Taiping, Perak. Jadi dia akan isi borang nikah di Perak. Borang yang dia kena isi ialah Borang Pengesahan bermastautin since IC dia Negeri Sembilan kan. Untuk borang pengesahan bermastautin ni, lepas dah siap isi, bawak pergi jumpa penghulu kampung. Dia akan cop dan sahkan. Dokumen yang diperlukan hanyalah salinan IC tunang Zahida sahaja.

Selepas dah setel borang bermastautin, isi lah pulak borang kebenaran bernikah tu. Sertakan sekali dengan dokumen sokong (IC Lelaki, IC bakal Isteri, surat akuan bujang dari majikan, HIV Test, Sijil kursus kahwin asal dan salinan) dan submit kepada pejabat agama untuk dapatkan pengesahan dan sokongan pendaftar.

Lepas dah setel semua, barulah Tunang serahkan semua dokumen kepada Zahida untuk Zahida plak mulakan prosess.

4) Perempuan Mula Settlekan Borang Kebenaran Berkahwin
Lepas dah dapat dokumen yang dah siap dari Tunang, Zahida mulakan isi borang. Since IC Zahida Selangor kan, so tak payah isi borang pengesahan bermastautin. Terus proceed sahaja dengan borang kebenaran bernikah. Jangan lupa sertakan sekali dokumen sokongan (IC Perempuan, IC Wali, IC 2 orang saksi, HIV Test, Sijil Kursus Kahwin Asal dan Salinan, Sijil nikah ibu bapa). Untuk Selangor, sijil nikah ibu bapa adalah dokumen wajib ada ya. Take Note!

Berkenaan saksi borang bagi borang kebenaran bernikah, Zahida kena bawak Wali dan kedua saksi berjumpa dengan imam untuk sign borang kebenaran tu. Borang tu tak valid kalau kita sign bukan depan imam melainkan imam tu boleh kawtim. Take note juga yang ni!

 
Lepas dah dapat tandatangan imam, combinekan dokumen perempuan dan lelaki dan proceed untuk bawak ke Pejabat Agama Islam Daerah. Tunggu proses selesai dan buat bayarn RM10 untuk kebenaran bernikah luar negeri Selangor.

5) Bawa Semua Dokumen Ke Pejabat Agama Tempat Bernikah
In my case, Zahida nikah kat Alor Gajah. Jadi semua dokumen lelaki perempuan yang telah lengkap beserta Borang Kebenaran Bernikah Luar Selangor hendaklah dibawa ke Pejabat Agama Daerah Alor Gajah. Di sini, Zahida kene isi pulak Borang Pengesahan Bermastautin dan Borang Kebenaran Bernikah Bagi Negeri Melaka. Leceh kan? Dokumen yang perlu ada sebagai sokongan adalah IC Zahida, IC Wali dan IC pasangan.

Lepas dah lengkap dan dapatkan tandatangan Imam, Zahida kena submit semula dokumen tu kepejabat agama untuk tunggu pengesahan dari Pendaftar.

6) Siap Dan Nikah
Dah dapat borang dari PAID Alor Gajah, kira dah setel lah tu. Tinggal nak pergi hantar pada Kadi dan inform segala maklumat macam tarikh dan tempat nikah kat kadi tu. Alhamdulillah

Bagi Zahida, kalau semua prosedur ni diselaraskan di setiap negeri, itu lebih baik.

Take note ye semua. Bernikah luar kawasan ni agak leceh jugak prosedur dia. Harap bersabar lah dengan semua benda. Harap semua ini boleh menjadi rujukan untuk korang 🙂
Sumber : http://sayezahidahadi.blogspot.my/

110total visits,1visits today