DIA pernah diperlekeh, dikatakan tidak mungkin mampu hidup di atas kaki sendiri selepas berpisah dengan suami. Kesumat itu membuat dia segera mengesat air mata, bangkit dan berjaya!

Dia bukanlah artis tapi namanya agak viral di laman sosial. Kisah rumahtangganya pernah viral satu masa dulu, impak daripada itu dia bangun mengesat air mata duka, membuka lembaran baru tanpa menoleh ke belakang lagi. Joy memilih bidang kecantikan kerana dia sendiri berkelulusan dalam bidang kecantikan dan pernah menjadi jurusolek profesional di Indonesia termasuk menyolekkan Bunga Cinta Lestari hingga ke Jerman.

Wanita jelita dengan nama sebenarnya Siti Arifah Amin ini merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia tiga tahun yang bernama Arryan Firdaus, telah pun mengikat tali pertunangan dalam satu majlis sederhana. Cincin pertunangannya telah disarungkan oleh ibu Hafiz sendiri, iaitu Puan  Laila Sarji, 54. Joy dan Hafiz dijadualkan bernikah pada 1 Mei depan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Sumber: intrend.com.my

254total visits,1visits today