PUJI, siapa tak suka dipuji… Tambahan zaman exposed segala yang kita ada ni kan… Walaupun bukan tujuan untuk dipuji.. tapi bila ada yang memuji…kita seronok juga kan…

Bagi orang yang memuji, penyakit tersebut adalah:
1- Berlebih-lebihan dalam memuji hingga melampaui batas dan memuji sesuatu yang tidak ada, maka ia menjadi pendusta.
2- Menzahirkan kecintaan sedangkan dalam hatinya tidak sedemikian, maka ia menjadi munafik.
3- Memuji sesuatu yang dia sendiri tidak pasti benar atau tidak hakikatnya, maka ia berlebih-lebihan dalam memuji.
4- Boleh jadi orang yang dipuji itu adalah orang yang zalim, lalu menyebabkanya dia memuji orang yang zalim.
Penyakit pada orang yang dipuji:
1- Menimbulkan rasa ego, ujub, riak, perasan dan lain-lain sifat yang tidak baik.
2-  Boleh merosakkan amalannya.

34total visits,1visits today