SEMALAM, ribuan peminat membanjiri pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur semata-mata ingin bertemudengan bintang Korea Selatan, Song Joong-ki dan beberapa artis ternama lain bersempena tayangan gala filem baru lakonannya, The Battleship Island.

Song Joong-ki menghadiri road tour bersama pengarah filem bercorak aksi dan sejarah itu, Ryoo Seung-wan, dan dua pelakon lain iaitu Hwang Jung-min serta So Ji-sub.

Dianggarkan lebih 10,000 peminat datang ke pusat beli-belah terkemuka itu seawal jam 10 pagi lagi.Ternyata populariti Joong-ki yang melonjak berikutan kejayaan drama Descendants of the Sun, tahun lalu, menyebabkan peminat sanggup bersesak dan menunggu dalam tempoh yang lama untuk melihat sendiri kelibat pelakon berwajah kacak itu.

Bintang popular itu mula kelihatan jam 7.25 malam dan sebaik sahaja melibat kelibat ketiga-tiga pelakon itu, peminat mula menjerit nama artis kegemaran masing-masing.

Sumber: www.mediahiburan.my

110total visits,1visits today