SERAMAI 67 jemaah haji negara masih terkandas berikutan masalah kelewatan pengeluaran visa Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata masalah itu berpunca daripada sistem permohonan visa Arab Saudi, yang kini hanya boleh dimohon menerusi dalam talian.

Katanya, ia berikutan penambahan jumlah jemaah haji di seluruh dunia yang membuat permohonan serentak menyebabkan sistem memproses visa itu tergendala.

“Tabung Haji (TH) komited untuk menyelesaikan masalah ini dan kita sudah berbincang dengan Kedutaan Arab Saudi mengenai perkara ini.

“Kedutaan (Arab Saudi) menyatakan mereka sudah menambah jumlah kakitangan untuk menguruskan sistem itu bagi memudahkan urusan yang tergendala.

Sumber: www.bharian.com.my

31total visits,1visits today