SEORANG isteri yang berang mendengar suaminya mahu berpoligami bertindak menetak kepala lelaki itu dengan sebilah pisau pemotong sayur di rumah mereka di Kampung Manek Urai Lama, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, mangsa berusia 55 tahun cedera dan menerima 15 jahitan di bahagian kepala, dahi dan lengan kanan.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj ketika mengesahkan kejadian tersebut berkata, si isteri bertindak menetak suaminya ketika lelaki itu sedang berbaring.

“Sebelum itu, si suami dikatakan menyuarakan hasrat mahu berkahwin lagi menyebabkan wanita berusia 56 tahun itu naik angin dan menetak mangsa.

Sumber: m.utusan.com.my

22total visits,1visits today