INI bapa syaitan! Bapa mana yang sanggup merogol dan meliwat anak sendiri sehingga beratus-ratus kali?

Menerusi laporan Berita Harian, seorang lelaki berusia 37 tahun telah menerima dakwaan sebanyak 599 kesalahan meliwat dan satu kesalahan merogol anak perempuannya yang berusia 15 tahun.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan terkutuk tersebut ke atas mangsa sejak dua tahun lepas apabila mangsa tinggal bersamanya ekoran penceraian suspek dan isteri.

Namun kegiatan jahat suspek akhirnya terbongkar apabila mangsa mendedahkan kejadian hitam yang menimpanya kepada ibu kandung sebaik sahaja dia mengetahui bapanya itu bakal mengambil dua adik perempuan berusia 9 dan 11 tahun untuk tinggal bersama mereka. Haih nasib baiklah!

Sumber: lobakmerah.com

58total visits,1visits today