PENGASAS produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Vida mendedahkan beliau telah bertemu seorang lelaki kacak yang “sanggup datang dari jauh” ke rumahnya di Ipoh, Perak.

Menurut laporan portal mStar, Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman menjelaskan, pertama kali bertemu lelaki Eropah berusia awal tiga 30-an itu pada Aidilfitri baru-baru ini.

“Kami sudah mengenali satu sama lain beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya bercakap di telefon, tetapi Hari Raya ini saya menjemputnya untuk datang meraikan di rumah saya,” dia dipetik berkata.

Vida berkata, lelaki itu mempunyai semua kriteria calon suami idamannya.

Sumber: www.astroawani.com

95total visits,1visits today