KONONNYA, mahu mengelak berulangnya insiden seorang aktivis menurunkan bendera dengan imej Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno yang pernah terjadi pada Disember 2011.

Kononnya, mereka diprovokasi dengan pelbagai sepanduk yang dirasakan sebagai biadap sehingga menyebabkan kejadian tolak-menolak antara kedua-dua kumpulan sehingga terpaksa membabitkan campur tangan pihak polis.

Kononnya, Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Hanifah menerima ancaman sebelum sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) hadir bagi menghantar jemputan kepada Najib untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.

Hakikatnya, sama ada sedar atau tidak, Pemuda Umno telah menunjukkan bahawa mereka bacul serta roh Melayu yang meresapi susuk tubuh mereka telah semakin lenyap.

Sumber: www.roketkini.com

69total visits,1visits today