TINDAKAN membenarkan anak luar nikah berbin atau berbintikan nama bapa biologinya kerana menjaga maruah anak tersebut tidak harus timbul dan tidak wajar diberi keutamaan berbanding perbuatan zina ibu dan bapa biologinya yang merupakan satu jenayah dan dosa besar.

Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, tindakan ini akan menyebabkan kekeliruan nasab umat Islam dan mengundang pelbagai masalah dalam pelaksanaan undang-undang kekeluargaan Islam berkaitan perwalian, hadhanah (penjagaan anak) dan pengagihan harta pusaka bagi orang Islam.

“Bagi mengelakkan kerosakan dalam keturunan umat Islam, maka Jawatankuasa Fatwa Selangor telah membuat fatwa berdasarkan seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang telah diwartakan pada 28 April 2005 yang menghuraikan keadaan-keadaan yang boleh mengesahkan status anak itu sebagai anak tak sah taraf.

“Pertamanya, anak yang dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil daripada zina, rogol atau melalui cara saintifik yang bertentangan dengan Hukum Syarak.

“Kemudian, anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan dua lahzah qamariah dari waktu ‘imkan al-dukhul’ dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhah.

Sumber: dialograkyat.blogspot.my

56total visits,1visits today