FORUM Sudut Pandang siri kesebelas akan dianjurkan pada 3 Ogos ini dengan kupasan tajuk perbincangan ‘Status Anak Luar Nikah Dinasabkan Kepada Bapa: Selari Atau Bertentangan Dengan Islam ’.

Forum kali ini akan menampilkan Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (Syarak) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz dan Pengerusi Majlis Ulama Isma (Muis), Dr Aznan Hasan manakala Aktivis Isma, Ibrahim Mohd Hasan sebagai moderator.

Forum anjuran Portal Islam dan Melayu, www.ismaweb.net dan Arus Baru ini akan diadakan di Dewan Seminar Ibu Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia di Bandar Baru Bangi pada jam 8.30 malam.

Bagi mereka yang berminat menghadiri forum ini, sila berdaftar melalui pautan berikut: http://bit.ly/regviewpoints

Sumber: www.ismaweb.net

23total visits,1visits today